Selasa, 24 November 2009

Keputusan UPSR 2009

Keputusan UPSR 2009 telah diumumkan pada 19 November 2009.
Cikgu Hasrul telah mengumumkannya di Dewan Harapan.
TAHNIAH kepada adik Nur Wani Wajihah Binti Yusof yang telah mendapat 5A.
Adik Nurul Hadaina Zuhaily bt Hamidi mendapat 4A1B
dan Mohd Nazhan bin Solehan dan Nur Adira bt Mohd Hanafiah mendapat 3A2B.

PENCAPAIAN KESELURUHAN UPSR 2009 ialah 68.9%

BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) MENDAPAT 92.2 %
BAHASA MELAYU (PENULISAN) MENDAPT 98 %
BAHASA INGGERIS MENDAPAT 75 %
MATEMATIK MENDAPAT 92.2 %
SAINS MENDAPAT 80 %

Tahniah kepada semua murid. Terima kasih dan tahniah kepada semua guru kerana berkat kesabaran dan kerjasama membuatkan kita mencapai kejayaan ini. Terima kasih juga kepada PIBG yang sentiasa memberi sokongan.

Ahad, 1 November 2009

Hari Anugerah Cemerlang 2009

Majlis Anugerah Cemerlang 2009 akan diadakan pada 6 November 2009.
Bertempat di Dewan Harapan SK Tanjung Langsat.
Masa : Jam 8 pagi.
Semua djemput hadir.

Peperiksaan Akhir Tahun

Tahniah kepada semua murid yang telah tamat menjawab soalan peperiksaana akhir tahun yang telah dijalankan pada 27-30 Oktober 2009. Semoga semua mendapat keputusan yang cemerlang.

Isnin, 5 Oktober 2009

Takziah Warga SKTL

Salam Takziah kepada warga SK Tg Langsat kerana kehilangan Guru Besar pada 04/10/2009. Ini berikutan kematian En Franky Sim. Maklumat terkini akan menyusul kemudian.

Rabu, 30 September 2009

Program Selepas UPSR

Cikgu Zaki membimbing murid melukis mural

Dewi, Norina, Amalina dan kawan2 mula mewarna mural.

Hidayat, Aizat, Zubeir, Nadzmi dan Arif seronok mewarna mural.

Nazhan dan kawan2 mewarna mural bendera negeri2 di Malaysia.
Projek ini di bawah bimbingan Cikgu Harry.




Ahad, 6 September 2009

SELAMAT HARI RAYA


WARGA SK TG LANGSAT MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Selasa, 1 September 2009

Solat Hajat & Majlis Berbuka Puasa

Satu Majlis Berbuka Puasa dan Solat Hajat sempena Peperiksaan UPSR akan diadakan pada 3 September 2009 bertempat di Masjid Jamek Kg Tanjung Langsat. Majlis akan bermula jam 6 petang. Semua warga SK Tg Langsat dijemput hadir bersama-sama memeriahkan majlis.